Friday 30 March 2012

***Resep!ku resep!mu jua***


salam kawan2....saya da ciap masak tengah hari....kwn2 da msk blom?hehehehe..hari ni saya buat udang masam manis...xtaw la cukup masam n manis ke x 2 ye...hahaha...so, saya nak kongsi resepi saya ngan kawan2 sume...pada yang nak cube 2 boleh la...sedap...

BAHAN BAHAN :::


  1. udang
  2. sos tomato
  3. sos cili
  4. bawang besar (dipotong cincin)
  5. gula
  6. air 
  7. lada besar (dipotong mengiring)
  8. garam kunyit
bahan dikisar:: 
  1. 5 ulas bawang merah
  2. 2 ulas bawang putih
CARA CARA ::: 

  1. basuhkan udang n dibuangkan kepala..
  2. toskan n gaulkan dengan garam n serbuk kunyit..
  3. gorengkan udang sehingga masak..ketepikan..
  4. tumiskan bahan yang dikisar..
  5. masukkan sos tomato n sos cili yang dibancuh dengan air, lada besar n bawang besar..
  6. agak2 dah layu cket bawang 2, masukkan udang yang da digoreng..
  7. biarkan seketika n boleh la dihidangkan...

dah ciap.....senang kan?cuba la...hihihi...(lau nak lagi kaw, letak la tomato yang dipotong 4..)

p/s:: pic 2 amek kt internet je sbb xsempat nak snap pic sendiri..hehe

Thursday 29 March 2012

***Resep!ku resep!mu jua***


hari ni saya masak pajeri nenas...so, blh la saya kongsi resepi saya ngan kengkawan sume....

okey,pertama sekali mestilah bahannye kan...hehe

BAHAN BAHAN ::::


  1. 1 biji nenas
  2. 3 sudu cili boh..(saya suke pkai cili boh,lau xnak leh gune serbuk cili)
  3. 1 1/2 sudu serbuk rempah gulai (lau xde leh gune serbuk kari)
  4. 3 ulas bawang merah (dikisar)
  5. 2 ulas bawang putih (dikisar)
  6. 1 inci halia (dikisar)
  7. 1 sudu kerisik kelapa
  8. minyak 
  9. gula
  10. garam
  11. sedikit santan (xletak pon xpe)
  12. air (agak2 je)
rempah kasar :: ( lau nak senang beli rempah utk sup 2 n buang bunjut je..)
  1. 1 batang kayu manis
  2. 1 bunga lawang 
  3. 3 biji cengkih
  4. 2 bunga pelaga 
CARA CARA BUAT :::::
  
  1. panaskan minyak n masukkan rempah kasar.
  2. masukkan bahan yang dikisar..tumis sehingga naik bau...
  3. masukkan cili boh...
  4. bancuhkan rempah gulai @serbuk kari dengan sedikit air n masukkan ke dalam kuali..
  5. biarkan mendidih sehingga kering..
  6. masukkan air, garam n gula baru la masukkan nenas,
  7. apabila kering sedikit n nenas pon da masak, masukkan kerisik kelapa.
  8. biarkan seketika n boleh la dihidangkan....

senang x?selamat mencuba ye...=)

Friday 23 March 2012

***Wan!ta yang ber!man***






Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]

***Sesuatu Mengena! wan!ta****

1-Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2-Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3-Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4-Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5-Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6-Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7-Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8-Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9-Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10-Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11-Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12-Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.
13-Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14-Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15-Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16-Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17-Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18-Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19-Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

***SaLAm UntuK SemUa***




bukan mudah untuk mencipta blog yang sempurna kerana untuk kali ke-3 saya mencipta blog sendiri...=_= 
semoga yang ke-3 ini menjadi yang terakhir buat diri ini.
selamat berblog bukan puteri lindungan bulan....hehe